Tuesday, September 28, 2010

DOKTOR MUDA

LATAR BELAKANG DOKTOR MUDA

Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.


OBJEKTIF
Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :


  • Mengamalkan cara hidup sihat
  • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
  1. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  2. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  3. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.



AKTIVITI DOKTOR MUDA

i.                Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.

  1. Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  2. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  3. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  4. Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  5. Merawat kecederaan ringan.
  6. Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan

FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
i.                Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  1. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  2. Murid belajar menghargai kesihatan.
  3. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
  4. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
  5. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  6. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  7. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  8. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  9. Sekolah bersih
  10. Sekolah bebas Aedes
  11. Imej sekolah meningkat
Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah 


Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (edisi ketiga, 2008).

Modul Latihan Kelab 
Doktor Muda Sekolah 
Rendah (Edisi 3, 2008)

Modul Untuk Pengajar 
Program Doktor Muda. 
(Edisi 1.)

Modul Program Doktor 
Muda Sekolah Rendah
(Edisi 2, 2003)



GARIS PANDUAN KURIKULUM
Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda serta 


Garis Panduan Kurikulum Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya Kelab Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti pembimbing rakan sebaya.









No comments:

Post a Comment