Tuesday, September 28, 2010

GARIS PANDUAN DOKTOR MUDA

 




GARIS PANDUAN KURIKULUM PEMBIMBING KESIHATAN RAKAN SEBAYA

1.       TUJUAN
    Garis panduan ini merupakan bahan rujukan untuk guru dalam menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti pendidikan rakan sebaya oleh Doktor Muda. Guru boleh menggunakan aktiviti-aktiviti yang disarankan sebagai panduan dalam merangka jadual aktiviti pendidikan rakan sebaya oleh Doktor Muda pada peringkat sekolah masing-masing.

2.       OBJEKTIF
    2.1Meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dalam penjagaan asas kebersihan dan kesihatan.
    2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam amalan asas kebersihan dan kesihatan.

3.       AKTIVITI PEMBIMBING KESIHATAN RAKAN SEBAYA
    Aktiviti utama Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya adalah : 
    3.1      Kelas Angkat 
    3.2      Perkongsian Ilmu semasa Perhimpunan Pagi 
    3.3      Bilik Doktor Muda

4        PROJEK KELAS ANGKAT
    4.1 Guru Penasihat dikehendaki mengenalpasti kelas untuk dijadikan Kelas Angkat  kepada dua atau tiga orang Doktor Muda. 
    4.2 Doktor Muda akan memberikan pendidikan kesihatan kepada murid-murid Kelas Angkat mereka dari masa ke semasa tentang pengetahuan dan kemahiran kesihatan.  Pendidikan    Kesihatan hanya boleh dijalankan oleh Doktor Muda yang telah menjalani latihan modul Doktor Muda. 
    4.3 Doktor Muda akan melaksanakan latihan kemahiran kepada kelas angkatnya berkaitan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Doktor Muda boleh merujuk kepada Buku            Panduan Doktor Muda semasa menjalankan latihan ini. 
    4.4 Aktiviti Kelas Angkat dilaksanakan secara berselang-seli antara perkongsian ilmu dan praktikal. Sila rujuk Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelas Angkat untuk panduan. 
    4.5 Cadangan masa pelaksanaan aktiviti adalah seminggu sekali dan waktunya seperti berikut :
      • 10 minit sebelum kelas bermula atau;
      • 10 minit waktu rehat atau;
      • 10 minit waktu akhir.

      4.6     Panduan Guru Penasihat
        4.6.1      Penyampaian maklumat kesihatan dan pemeriksaan berkaitan kebersihan telinga, kulit (kudis) dan kesihatan mata perlu dilakukan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi sekolah.
        4.6.2      Aktiviti boleh dijalankan mengikut kreativiti Guru Penasihat dan Doktor Muda.

    JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KELAS ANGKAT

    Perjumpaan
    Aktiviti
    Isi Kandungan
    Bahan
    Rujukan
    Modul Latihan
    Catatan
    SEMASA PERHIMPUNAN PAGI
    1



  • Pengenalan diri Doktor Muda semasa Perhimpunan Pagi oleh Guru Penasihat







  • Majlis Penyerahan Kelas Angkat kepada Doktor Muda





  • Senarai nama Doktor Muda dan kelas angkat
    Senarai nama Doktor Muda dan Kelas Angkat dipamerkan di Bilik Doktor Muda / Papan Kenyataan Sekolah / Sudut-sudut khas

    DI DALAM KELAS ANGKAT
    2
    Penyampaian  Maklumat kesihatan berkaitan kebersihan kukuCara penjagaan kukuBuku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 3
    3
    Pemeriksaan kukuPengetip kuku
    Rekod Pemeriksaan
    (Senarai Semak Kebersihan Diri)
    4
    Penyampaian  Maklumat Kesihatan
    Cara Mencuci Tangan
    Tujuh Langkah Mencuci Tangan dengan betul
    Demonstrasi Cuci Tangan
    Buku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 1

    5
    Amali Cara Mencuci Tangan oleh rakan sekolahTunjuk cara sahaja sekiranya tiada kemudahan
    6
    Penyampaian Maklumat Kesihatan Penjagaan RambutCara penjagaan rambutBuku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 2
    7
    Amali Pemeriksaan Rambut Dan  KutuRekod Pemeriksaan (Senarai Semak kebersihan Diri)
    8
    Penyampaian Maklumat  Kesihatan Cara Menggosok GigiCara penjagaan gigi / Demonstrasi menggosok gigiBuku Panduan Doktor MudaSkop 4, Unit 1
    9
    Amali menggosok gigi dengan betulRekod Pemeriksaan
    10
    Penyampaian Maklumat Kesihatan
    Menjaga Kebersihan
    Bilik Darjah
    Kepentingan menjaga kebersihan Bilik DarjahBuku Panduan Doktor MudaSkop 3, Unit 1
    Pemantauan Kebersihan Bilik DarjahSenarai Semak Kebersihan Kelas
    Modul Latihan (Lampiran 3.1)
    11
    Penyampaian Maklumat Kesihatan mengenai DenggiCari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk AedesBuku Panduan Doktor MudaSkop 6, Unit 1
    12
    Amali Cari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk AedesSenarai semak tempat pembiakan nyamuk AedesSkop 6  Unit 1





    5       PERKONGSIAN ILMU SEMASA PERHIMPUNAN PAGI
      5.1     Sesi penyampaian maklumat tentang isu kesihatan semasa oleh Doktor Muda kepada warga sekolah sebulan sekali semasa Perhimpunan Pagi. 
      5.2     Cadangan Tajuk
        • Kepentingan Sarapan Pagi
        • Kebersihan Tandas
        • Amalan Pemakanan Sihat
        • Amalan Cara Hidup Sihat
        • Tak Nak Merokok
        • Mari Bersenam
        • Pencegahan Penyakit Semasa
        • Kebersihan Persekitaran Sekolah
        • Mari Berkawan
        • Kebersihan Gigi
        • Cegah Denggi

      5.3     Panduan Guru Penasihat
        5.3.1      Tajuk perkongsian ilmu sebolehnya disesuaikan dengan isu-isu kesihatan semasa.
        5.3.2      Perkongsian ilmu boleh disampaikan dalam bentuk ceramah, kuiz dan cara lain yang bersesuaian mengikut kreativiti Doktor Muda.
        5.3.3      Tempoh masa sesi perkongsian ilmu hendaklah ditetapkan oleh Guru Penasihat bersama Pengurusan Sekolah.

    6       BILIK DOKTOR MUDA
      6.1   Setiap sekolah adalah disarankan untuk mewujudkan Bilik Doktor Muda. Bilik ini akan menjadi pusat kegiatan dan pusat sumber pendidikan kesihatan Doktor Muda.  
      6.2      Pengisian Bilik Doktor Muda
        Ruang
        Peralatan


        • Sick Bay


        • Sudut Pencapaian


        • Ruang Aktiviti


        • Sudut Pameran


        • Peti  Pertolongan Cemas


        • Alat Timbang Berat


        • Alat Ukur Tinggi


        • Paip air dan sinki


        • Meja dan kerusi
        Maklumat
        Bahan


        • Peraturan Penggunaan Bilik Doktor Muda


        • Carta Organisasi Kelab Doktor Muda


        • Ikrar, Misi, Logo & Lagu Doktor Muda


        • ”Gantt Chart Pelaksanaan Aktiviti”


        • Jadual Bertugas


        • Bahan Maklumat Pendidikan Kesihatan


        • Rekod Pemeriksaan dan Pemantauan


        • Papan Tanda ”LARANGAN MEROKOK”


        • Overcoat Doktor Muda


        • Buku Panduan Doktor Muda


        • Modul Doktor Muda


        • Buku Laporan Aktiviti


        • Buku Laporan Harian


        • Kad Kesihatan Pelajar


        • Bahan Bantu Mengajar


        • Carta BMI (Kanak-Kanak)


        • Carta Snellen
      6.3      Bilik Doktor Muda akan menjadi sebagai pusat kegiatan Kelab Doktor Muda.
        6.3.1      Aktiviti Latihan
          1. Guru Penasihat kepada Doktor Muda
          2. Anggota Kesihatan kepada Doktor Muda
          3. Doktor Muda kepada Rakan Sebaya
        6.3.2      Ukur Tinggi & Timbang Berat
        6.3.3      Perkongsian Ilmu di kalangan Doktor Muda
        6.3.4      Rawatan Pertolongan Cemas
        6.3.5      Transit rawatan
        6.3.6      Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
        6.3.7      Sesi percambahan fikiran Doktor Muda
        6.3.8      Aktiviti Kelab Doktor Muda
          6.4 Waktu Aktiviti dicadangkan semasa waktu kokurikulum atau waktu Pendidikan Kesihatan dan Jasmani
          6.5 Panduan Guru Penasihat
        • Waktu pelaksanaan aktiviti adalah bergantung  kepada keperluan dan kelulusan pihak sekolah.
        • Aktiviti lain di Bilik Doktor Muda bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian Kelab Doktor Muda sekolah masing-masing.




        No comments:

        Post a Comment